Paws And Purrs Cat Hotel

Kucing Anda Ada Kutu? Jom Tengok 5 Cara Merawat Kutu Kucing!

Majoriti rakyat Malaysia meminati kucing dan mungkin korang yang baca ni adalah salah seorangnya kan? Dan bagi penggemar kucing, ada satu masalah yang biasa kena pada kucing ni iaitu kutu kucing. Biasanya sebab kucing kita selalu main di luar. Dan mungkin terjangkit dengan kucing lain. Aduhai. Jadi macam mana cara merawat kutu kucing?

Kucing merupakan haiwan yang sangat comel, nakal, lucu dan manja. Siapa je tak suka kan melihat kecomelan mereka. Telatah mereka boleh membuatkan kita terpesona dengan aksi-aksi yang manja dan menghiburkan.

Mesti korang risau kucing korang yang mempunyai kutu kucing. Korang kesian kepada si Mioww yang merasa gatal pada badannya dan mungkin akan menjejaskan kesihatan mereka? Artikel ini mungkin dapat membantu anda untuk merawat kucing anda.

Berikut adalah 5 cara merawat kutu kucing.

Ini kami bawakan anda cara untuk merawat kutu kucing. Kita ikut step by step ok!

 

Memandikan kucing

 

Mandikan kucing korang dengan air sejuk dan gunakan syampu khas untuk kucing. Memang agak sukar untuk mandikan kucing terutamanya dengan air sejuk, lagilah kucing lari. Dengan memandikan dan syampu kucing, sekurang-kurangnya kutu kucing dapat dikurangkan. Tapi, jangan terlalu kerap syampu kerana terdapat syampu yang boleh menyebabkan kulit kucing kering.

 

Memberus bulu kucing

 

Korang boleh mencuba memberus atau menyikat bulu kucing dengan kerap. Pilihlah sikat kutu khusus untuk kucing yang memiliki gigi halus dan rapat. Ini mungkin dapat membantu memisahkan kutu daripada bulu kucing. Dengan menyikat bulu kucing dapat membantu menyingkirkan telur kutu yang menempel pada bulu kucing.

 

Ubat kutu

 

Sekarang banyak ubat kutu dijual, dan untuk kucing pun ada. Boleh dapatkan ubat kutu kucing melalui online ataupun di klinik haiwan. Ubat kutu dapat membantu mengurangkan kutu pada tubuh badan kucing. Ubat kutu kucing kebiasaanya berbentuk cairan spray atau bedak. Sapukan atau spraykan ubat kutu tersebut keseluruh tubuh badan si bulus. Pastikan korang memilih ubat kutu yang bagus untuk kucing kerana kucing boleh menjilat bulunya setelah diberikan ubat kutu. Jika tersalah memilih ubat kutu mungkin menyebabkan efek lain kepada kucing.

Vaksin untuk merawat kutu kucing

 

Jika masalah kutu kucing korang berlanjutan, bawalah kucing ke klinik haiwan untuk mendapatkan vaksin. Korang boleh berbincang dengan doktor haiwan untuk masalah kutu kucing dan dapatkan vaksin ivermectin. Vaksin ini dapat membasmi cacing dan parasit seperti kutu kucing. Namun begitu, vaksin ini tidak dapat membantu untuk membunuh telur kutu kucing. Kebiasaanya, ia memerlukan sekurangnya 3 kali suntikan dengan jarak 4-5 minggu untuk mendapatkan hasilnya. Suntikan ini juga tidak dapat diberikan kepada anak kucing yang berusia 3 bulan ke bawah kerana boleh menyebabkan keracunan dan masalah ginjal.Nak baca banyak lagi cara merawat kutu kucing ada di sini : Cara Merawat Kutu Kucing

Membatasi aktiviti kucing di luar rumah

 

Ini bukan bermaksud mengurung kucing korang 24 jam dalam sangkar. Korang boleh biarkan kucing bermain di dalam rumah dan membatasi aktiviti kucing di luar rumah. Kucing korang mungkin boleh berjangkit daripada kucing lain yang liar ataupun kucing anda bermain di tempat yang tidak sepatutnya. Dalm proses rawatan kucing, korang awasi kegiatan kucing dan berilah mainan atau aktiviti lain di rumah kepada kucing korang. Pastikan dalam rumah anda bersih dan sentiasalah vakum karpet atau lantai yang boleh membiakkan kutu kucing ini.

Proses menghilangkan kutu kucing memang memakan masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Lebih baik menggunakan teknik semulajadi daripada menggunakan ubat-ubatan bahan kimia. Ya, memang susah. Tapi demi si bulus, apa pun boleh. Semoga artikel ini bermanfaat untuk korang dan selamat maju jaya.

By the way, rasa macam tak sure kan nak buat apa? Kalau dah try buat pun tak hilang juga kutu!

Why not hantar ke grooming session kami. Kita ada treatment khas. Si Oyen bukan takat hilang kutu, tapi boleh jadi cantik dan marvelous!!! Jom tengok cat grooming kami. 

1 thought on “Kucing Anda Ada Kutu? Jom Tengok 5 Cara Merawat Kutu Kucing!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *